Bila sebut curang, semua orang akan cenderung kaitkan dengan perangai lelaki, macam lelaki sahaja yang curang.
Kecurangan dalam kata dasar iaitu curang atau keselingkuhan/perselingkuhan difahamkan sebagai tindakan melanggar persetiaan hubungan emosi atau seks yang terjalin bersama pasangan secara khusus atau eksklusif sesama mereka tanpa rasa jujur si pelaku kepada pasangan tersebut sehingga mengakibatkan perasaan marah, cemburu, dan persaingan.
Jadi tak semestinya lelaki sahaja yang boleh curang, perempuan juga sama.
Mari kita korek faktor tercetusnya kecurangan.
1. Tidak Matang
Usia tak menentukan kematangan, ramai je lelaki/perempuan tua yang curang. Kematangan
seorang terletak kepada tahap pemikiran masing-masing, tahu tanggungjawab
dalam perhubungan, kenapa perlunya setia, memiliki sifat empati yang tinggi.
Pasangan yang matang akan selalu menyelesaikan masalah jika ada isu bersama pasangan,
bukannya dengan throw tantrum, larikan diri dari masalah, lari pulak ke pangkuan orang
lain. Sifat pasangan yang matang, adalah seperti berikut : tahu apa yang dia hendak dan
tahu risiko di setiap sesuatu perbuatan, tidak menjanjikan bulan bintang kepada
pasangan, selalu memberi pendapat yang positif dan berguna, pendengar setia, tidak judgmental.
2. Kuat Berangan
High expectation, selalu meletakkan benchmark untuk mencari pasangan dan kepada pasangan.
Boleh dikatakan macam delusional, terlalu mencari kesempurnaan dalam perhubungan. Kalau selalu
tengok Kdaram tu, nak lah yang jambu, kaya & romantis. Benda tak wujud pun kat dunia realiti.
Yang lelaki, nak macam amelia henderson je memanjang memang tak boleh la pasangan yang rupa
beshe-beshe ni nak buat surgery ke apa bagi jadi lawa.
Bila dah mula ada perasaan tak cukup, masa ni lah masing-masing nak upgrade pasangan masing-masing.
Kalau boleh nak yang macam ni, macam tu, dah mula semua benda tak kena sebab banyak sangat berangan.
3. Tiada Sefahaman
Ni benda yang biasa, tiada kesefahaman, boleh retak rumah tangga. Tapi kalau bertikam lidah sepanjang masa dan masing-masing tak nak tolak ansur, boleh lah berpisah dengan cara yang baik. Faktor ni sering dianggap remeh, tapi bila masing-masing tak nak faham antara satu sama lain, mula lah dia cari orang yang faham dia.
4. Hobi
Haa...hobi ni macam minat, interest. Sebelum kenal anda pun, dia dah memang suka tukar-tukar pasangan macam salin baju. Kalau dah commit atau kahwin sekalipun, mula-mula okay la, lama-lama hobi itu akan muncul kembali.
5. Bosan
Kemahuan yang inginkan kelainan atau bosan bila terlalu singkat masa boleh bersama. Contohnya, kalau suami/isteri kerja outstation je memanjang, lepastu kita pulak ada teman-teman yang berlainan jantina yang rapat atau yang selalu membuat kita tertawa dan bahagia.
Banyak lagi faktor dalaman dan luaran kenapa seseorang itu memilih untuk curang, penyelesaian terbaik adalah mencari pasangan yang baik dan bertanggungjawab bukan tanggungjawab bagi duit je, tanggungjawab itu memerlukan pengorbanan.
Berkorbanlah untuk pasangan masing-masing selagi mereka tidak mengkhianati atau menyakiti kita.
Selamat Setia!
Ulasan
Catat Ulasan