Pengalaman Renew Passport

Ramai sekarang dah tukar hobi, kalau dulu hobi memancing sekarang hobi travel, backpacking, kan semua rakyat Malaysia dah kaya raya. LOL Baiklah, untuk sesiapa yang nak renew passport, boleh apply online dan terus collect, kalau nak renew ni senang je, buat online dulu lepastu boleh ke lokasi pungutan yang tertera di email. Part yang susah, kalau yang tak pernah ada passport, baru nak buat passport, bersedia lah untuk beratur ambik nombor.

Cara Renew Passport Online

1. Layari https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/main 
2. Pilih untuk renew passport
3. Isi semua butiran
4. Sediakan gambar dengan background putih 
5. Terus buat bayaran
6. Korang akan dapat email lepastu, dia akan bagitau bila boleh collect & lokasi kat mana nak collect
7. Sampai hari nak collect tu, pergi kaunter terus tanya kat mana nak collect kalau dah renew online, jangan ikut beratur dulu, ni yang selalu jadi masalah, ramai-ramai beratur tapi sebenarnya kalau dah renew online tak payah nak beratur pun, boleh terus pickup dan balik. 
8. Jangan lupa bawa passport lama, kalau takde passport lama dah satu hal pulak, masalah nanti.

Buat Passport Kali Pertama

Untuk yang baru nak buat passport, kena walk-in, takde option online untuk yang ni. Terus ambik nombor. Kalau rasa UTC area korang tu selalu ramai orang, tolong datang awal kalau tak menyesal, dah beratur panjang-panjang tapi nombor giliran dah habis.

Untuk sesetengah UTC, dalam 1 hari, 100 nombor giliran je dia keluarkan, jadi kena datang awal. Ada yang terpaksa datang 2-3 kali sebab asyik tak dapat nombor. Kalau weekend korang digalakkan datang seawal 4 pagi, sebelum subuh dan terpacak okayy orang yang beratur. Biasanya ni area Lembah Klang la, kalau negeri lain mungkin tak pack macam ni kot. 

Dah dapat nombor, boleh la beratur dengan tenang. Dah dapat nombor tu, korang kena continue beratur sampailah diorang bagi nombor giliran yang 4 digit tu, submit semua dokumen yang diperlukan


Dokumen untuk buat passport kali pertama

1. IC/Kad pengenalan (original & copy)
2. Untuk yang nak apply untuk kanak-kanak, make sure bawa surat beranak & MyKid (original & copy) 

Tu je lah setakat ni, happy travel!


Ulasan